Powered by Blogger.

Sunday 8 September 2013

JALAN RIA MERDEKA 2013

Pada 4 September 2013 ( Rabu ) - Warga SK Pulau Kerengga yang terdiri daripada murid Prasekolah, murid tahun 1 hingga tahun 5, kakitangan SK Pulau Kerengga dan semua guru telah menyertai program Jalan Ria 10,000 langkah dan sambutan Hari Kemerdekaan. Jumlah peserta dianggarkan kira-kira 300 orang.

Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang program tersebut. Acara ini bermula pada jam 7.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Sekolah, nyanyian lagu-lagu patriotik dan juga acara senamrobik yang dipimpin oleh guru pelatih.

Menurut penyelaras program, program Jalan Ria Merdeka ini sangat baik untuk kesihatan dan juga menanam semangat cinta akan negara kepada semua murid dan warga SK Pulau Kerengga.

Program ini tamat pada jam 12.45 tengah hari. Program berakhir dengan majlis jamuan di kantin sekolah yang disertai oleh semua peserta terlibat.

Kesimpulannya, program ini amat memberi makna kepada kami semua.

Berikut ialah aktivit-aktiviti bergambar yang sempat dirakam ...... 


Nyanyian Lagu Patriotik



Lagu Jalur Gemilang









Murid Prasekolah turut serta menyertai Jalan Ria Merdeka



Senamrobik


Jalan Ria Merdeka Bermula






Guru dan murid Prasekolah turut mewarnai Jalan Ria Merdeka

Senyuman  Merdeka daripada guru Prasekolah

Sempat bergambar bersama-sama rakan di tepi jalan - awas







Berehat di pertengahan jalan



Aktiviti Pertandingan Mewarna Selepas Jalan Ria

Pertandingan Melukis Poster - Tahap 2

Poster - Malaysia Berdaulat, Tanah Tumpah Darahku


" MINDA YANG CERDAS LAHIR DARI BADAN YANG CERGAS "

TERIMA KASIH.........



1 comments:

  1. How to watch live cricket in a virtual reality - Videodl.cc
    Get live cricket in a virtual reality (VR) environment. To watch live cricket youtube video to mp3 converter in VR, the camera will need to be present in a virtual reality

    ReplyDelete