Powered by Blogger.

Sunday 14 July 2013

PROGRAM KHIDMAT BANTU MAKMAL KOMPUTER 2013

Pada 7,8 dan 9 Julai 2013 - SK Pulau Kerengga adalah antara 7 buah sekolah di daerah Marang yang terpilih untuk mengikuti Program Khidmat Bantu Makmal Komputer, anjuran BTPN Marang, Terengganu.

Program ini telah berlangsung selama 3 hari di Makmal Komputer SK Pulau Kerengga. Seramai 13 orang tenaga mahir terlibat dalam program tersebut. Antaranya ialah wakil daripada PKG Marang, PKG Langkap, PKG Kuala Berang, Juruteknik komputer dari SK Rusila dan SMK Lela Segara.

Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung. Antaranya ialah mengecat dinding makmal komputer, mengemaskini sistem fail, membuat "tagging" pada komputer, dan kerja-kerja keceriaan turut dilaksanakan.

 
 

Peserta Program Sedang Sibuk Melakukan Kerja Khidmat Bantu

Kerja-kerja Mengemaskini Sistem Fail
Sesi Perbincangan Untuk Kerja Keceriaan
Kerja Mengecat Dinding Makmal

Sebahagian Peserta Program Khidmat Bantu Makmal

Mencetak Bahan Pameran

Tampalan Perkakasan Komponen Komputer

Mengecat Di bahagian Luar Makmal Komputer




Jawatankuasa Makmal Komputer dan Fail Diatur Di atas Rak
Lambaian Keceriaan Daripada Salah Seorang Peserta Program

Kesimpulannya, program ini banyak membantu kami, warga SK Pulau Kerengga dalam penambahbaikan makmal komputer di sini. Harapan kami, agar program sedemikian dilanjutkan kepada sekolah-sekolah lain dalam daerah Marang.