Powered by Blogger.

Saturday 9 March 2013

Senarai Nama Guru Besar

1. EN.ABD RAHMAN BIN ISMAIL                                                                            
  ( 1947 - 1949 )

2. EN.WAN TALIB BIN HJ ALI                                                                                 
    ( 1950 - 1990 )

3. EN.KASIM BIN IBRAHIM                                                                                      
   ( 1951 - 1963 )

4. EN.AWANG BIN ISMAIL                                                                                        
  ( 1964 - 1966 )

5. EN.OTHMAN BIN EMBONG                                                                                  
  ( 1967 - 1968 )

6. EN.A HALIM BIN HASSAN                                                                                      
 ( 1969 - 1969 )

7. TN.HJ LAT BIN SULONG                                                                                          
( 1970 - 1971 )

8. TN.HJ MALIKI BIN A GHANI                                                                                  
 ( 1972 - 1983 )

9. EN.MD ARIFFIN BIN ABDULLAH                                                                          
 ( 1983 - 1987 )

10.TN.HJ ABD TALIB @ MUSA BIN MUDA                                                               
( 1987 - 1994 )

11.EN.OTHMAN BIN MOHD                                                                                        
( 1994 - 1997 )

12.EN.MAT LAZIM @ MAHASAN BIN NOR                                                             
 ( 1997 - 2001 )

13.EN.ISMAIL BIN ABDULLAH                                                                                    
( 2001 - 2003 )

14.TN.HJ AZIZ BIN A BAKAR                                                                                        
( 2003- 2011 )

15.EN.MOHD MAULUD BIN HASHIM                                                                        
 ( 2011 - 2011 )

16.PN.HJH FARIDAH BT MOHD                                                                       
 ( SEPTEMBER 2011 )

Wednesday 6 March 2013

Sejarah Sekolah





SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga, Marang, Terengganu mula didirikan pada tahun 1947. Tapak asal bangunan ini adalah tapak Masjid Kampung Pulau Kerengga sekarang. Bangunan pertama yang didirikan secara gotong-royong oleh penduduk kampung terdiri daripada satu bangunan yang mempunyai dua bilik darjah. Bahan binaan sekolah ini adalah daripada kayu-kayu hutan yang terdapat di sekitar sungai kampung tersebut. Penubuhan sekolah ini telah diusahakan oleh Cikgu Abdul Rahman atau lebih mesra dengan pangilan Cikgu Mohamad atau "Mat Sirih". Beliau adalah Guru Besar yang pertama.

Berikut adalah kronologi sejarah Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Kerengga

Tahun 1947
  • Menerima murid sulung seramai 50 orang, yang datang dari Kampung Pulau Kerengga, Kampung Tengah dan Kampung Serating.

Tahun 1954
  • Dipindahkan ke tapak baru, di mana berhampiran padang bola kampung ini sekarang.
  • Berpindah ke bangunan kayu beratap zink dan berbangku kayu panjang. Disebabkan sekolah lama tidak mampu menampung pertambahan murid.
  • Dianggarkan murid ketika itu mencecah seratus orang.
Tahun 1962
  • Sekali lagi berpindah ke tapak baru, di mana berhampiran sempadan antara Kampung Pulau Kerengga dan Kampung Gong Beris. Itulah tapak sekolah yang kekal sehingga ke hari ini.
  • Pihak kerajaan telah memperuntukkan kawasan berkenaan sebagai kawasan atau tapak kekal sekolah.
  • Satu bilik diperuntukkan sebagai bilik guru dan sebuah bilik lagi dijadikan kelas dengan dibahagikan kepada 3 ruang untuk menempatkan murid Darjah Satu hingga Darjah Enam.
  • Anggaran murid 125 orang. Cikgu Kassim bin Ibrahim menjadi Guru Besar pertama sekolah baru ini.

Tahun 1965

  • Dua buah unit rumah guru telah didirikan.

Tahun 1967

  • Sebuah kantin telah dibina berhampiran dengan bangunan blok asal sekolah.

Tahun 1970

  • Kerajaan telah berusaha membina sebuah bangunan kekal dua tingkat.

Tahun 1972

  • Bangunan yang mengandungi pejabat pentadbiran, bilik guru, sektor dan 3 bilik darjah itu mula digunakan.
  • Bilangan murid pada masa itu telah meningkat kepada 257 orang.

Tahun 1984

  • Satu blok bangunan mengandungi tiga bilik darjah pula telah dibina.
  • Salah satu daripada bilik tersebut telah digunakan sebagai perpustakaan.

Tahun 1986 & 1988

  • Blok bangunan yang mempunyai 3 bilik darjah dibina bagi memenuhi pertambahan murid.

Tahun 1990

  • PIBG sekolah telah mengurus projek pembinaan surau sekolah.
  • Surau ini kemudian telah dimanfaatkan bagi kegunaan solat berjemaah, solat hajat dan latihan fardhu Ain.

Tahun 1994

  • Sebuah Makmal Sains telah dibina iaitu tambahan terhadap bangunan asal sekolah.

Tahun 1999

  • Sebuah bangunan kantin baru yang luas dan selesa telah didirikan.
  • Sementara itu, bangunan kantin lama telah digunakan sebagai bengkel terbuka untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Bangunan SKPK Sekarang