Powered by Blogger.

Saturday 24 August 2013

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 2013

Pada hari Ahad , 25 Ogos 2013 - Semua warga SK Pulau Kerengga telah mengadakan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah . Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan SK Pulau Kerengga, murid-murid Prasekolah, Tahun 1 hingga tahun 6 dan turut dimeriahkan lagi dengan para jemputan.
 
Majlis ini bermula pada jam 9.15 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengah hari.Pengajaran dan Pembelajaran tetap dijalankan pada jam 7.45 pagi hingga 9.15 pagi. Antara program yang diadakan sepanjang sambutan ini ialah acara persembahan nyanyian daripada guru-guru dan murid-murid SK Pulau Kerengga.Acara ini telah dijalankan di dewan sekolah.
 
Semua warga SK Pulau Kerengga kelihatan sangat gembira dan hari raya disambut dengan meriah sekali. Pelbagai juadah dan kuih-muih disediakan oleh pihak penganjur untuk dijamu kepada warga sekolah dan para jemputan.
 
Harapan penganjur agar sambutan seperti ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dan dijadikan acara tahunan.
 
Berikut ialah gambar-gambar sepanjang sambutan tersebut :
 
guru besar skpk
Selamat Hari Raya......Maaf Zahir dan Batin

 












TURUT DIMERIAHKAN OLEH GURU WARGA ASING







































 
 
" SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI "
 
MAAF
ZAHIR
DAN
 BATIN

1 comments:

  1. PokerStars Casino: PokerStars Casino - JamBase
    Welcome to JamBase! 경산 출장마사지 Our 경주 출장마사지 poker room is your home for the best gaming action 여주 출장안마 with 여수 출장안마 up to 3 poker 경주 출장안마 games daily! No matter what time, you'll always be

    ReplyDelete