Powered by Blogger.

Wednesday 15 May 2013

KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT ZON 2013




8 MEI 2013, Rabu - Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga telah menjadi tuan rumah Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon 1B bagi tahun ini. Sebanyak 7 buah sekolah rendah di daerah Marang (ZON 1B) telah menyertai Karnival berkenaan.

Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan, iaitu pertandingan bercerita tahap 1 dan tahap 2 serta pertandingan pidato bagi tahap 2 sahaja. Setiap kategori terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian tajuk wajib dan spontan.

Karnival ini berlangsung selama 1 hari bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 2.30 petang. Pertandingan bercerita tahap 1  telah diadakan di dalam Makmal Komputer.Manakala pertandingan bercerita tahap 2 diadakan di Pusat Sumber.Pertandingan pidato pula diadakan di dewan SK Pulau Kerengga.  

Peserta tuan rumah hanya memperoleh naib johan dalam semua kategori yang disediakan dan layak untuk ke peringkat yang lebih tinggi.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Merchang, selaku pengerusi Zon 1B.



Sesi Pendaftaran Peserta



Peserta Pidato


Peserta Pertandingan Cerita Tahap 1

Peserta Pertandingan Cerita

Hakim Pertandingan Cerita

Peserta Pertandingan Cerita Tahap 2

Peserta Pidato

Hakim Pertandingan Pidato



Ucapan Pengerusi Majlis - Majlis Penutup


Majlis Perasmian Penutup - Guru Besar SK Merchang

Majlis Penyampaian Hadiah

Majlis Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang



0 comments:

Post a Comment