Powered by Blogger.

Saturday 18 May 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013

16 Mei 2013, Khamis- Saban tahun, pada setiap 16 Mei, semua warga guru di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Guru. Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga juga tidak melepaskan peluang untuk meraikan semua warga guru di sini.
 
Pelbagai acara telah diadakan sepanjang sambutan Hari Guru berkenaan. Antaranya ialah Ucapan Guru Besar, Membaca Perutusan daripada Pengarah Pelajaran, Bacaan Ikrar Hari Guru, nyanyian Lagu " Guru Malaysia" dan sesi bergambar.
 
Acara padang pula ialah seperti acara mengkukur nyiur / kelapa, mencucuk benang dalam jarum, menyambut belon berisi air dan mencari harta Karun.
 
Acara yang paling seronok ialah acara pertukaran hadiah sesama warga pendidik dan pemberian hadiah daripada murid kepada guru-guru yang paling diminati.
 
Acara sambutan Hari Guru berakhir dengan majlis jamuan makan tengah hari di kantin sekolah. Jamuan makan tengah hari ini adalah hasil sumbangan daripada Puan Guru Besar SK Pulau Kerengga.
 
Majlis berakhir pada jam 2.00 petang. Semua warga SK Pulau Kerengga sangat gembira dan menyeronokkan.
 
 
Jumpa lagi..
 
Murid berkumpul di Dataran Ilmu









 
 
Ucapan Pengerusi Majlis - Cg Yahya

Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Lotffi
Ucapan Wakil Murid
 







Bacaan Perutusan daripada
Pengarah Pelajaran Terengganu
 - PK Kokurikulum


Ucapan daripada Guru Besar
SK Pulau Kerengga

Nyanyi Lagu Guru Malaysia
Nyanyian Lagu Guru Malaysia

Guru sedang menyanyi lagu Guru Malaysia
 
 
 
 
 
 
 

 
 
Bacaan Ikrar Hari Guru - Sir Arif
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bacaan Ikrar Hari Guru
 









Cenderahati daripada GB kepada Guru -
disempurnakan oleh wakil PPD Marang

Mana hadiah ambe ..........

GB menyampaikan cenderahati
kepada wakil PPD Marang
 
 
 







Gambar kenangan guru SKPK

Acara mengkukur nyiur

Nyiur yang menjadi mangsa
kopekan guru

PK1 sedang mengkukur nyiur

Acara mengopek kelapa

 
 









Nyiur ditimbang untuk mencari pemenang

Acara mencucuk benang dalam jarum

Nampak dok lubang jarum tu.......

Hati-hati cikgu.......

Susahnyaaaaaa.......cari lubang










Acara membaling belon

Guru sedang membaling belon kepada rakan

Acara membaling belon

Belon yang Berjaya diselamatkan
Sir Arif sedang mengkukur nyiur sambil
diperhatikan oleh rakan kumpulan

Mencari harta Karun......

Sape boleh hadiah ni...bertuah lah......










Seloka guru SKPK

Penyampaian Hadiah Acara Sukaneka

Pemenang Teka Kacang

Pemenang Pertandingan Cipta Kad Ucapan
Hari Guru menggunakan ebook




Cepat cikgu !!!!!!!!!!!!!!!!

 

0 comments:

Post a Comment