Powered by Blogger.

Saturday 18 May 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013

16 Mei 2013, Khamis- Saban tahun, pada setiap 16 Mei, semua warga guru di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Guru. Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga juga tidak melepaskan peluang untuk meraikan semua warga guru di sini.
 
Pelbagai acara telah diadakan sepanjang sambutan Hari Guru berkenaan. Antaranya ialah Ucapan Guru Besar, Membaca Perutusan daripada Pengarah Pelajaran, Bacaan Ikrar Hari Guru, nyanyian Lagu " Guru Malaysia" dan sesi bergambar.
 
Acara padang pula ialah seperti acara mengkukur nyiur / kelapa, mencucuk benang dalam jarum, menyambut belon berisi air dan mencari harta Karun.
 
Acara yang paling seronok ialah acara pertukaran hadiah sesama warga pendidik dan pemberian hadiah daripada murid kepada guru-guru yang paling diminati.
 
Acara sambutan Hari Guru berakhir dengan majlis jamuan makan tengah hari di kantin sekolah. Jamuan makan tengah hari ini adalah hasil sumbangan daripada Puan Guru Besar SK Pulau Kerengga.
 
Majlis berakhir pada jam 2.00 petang. Semua warga SK Pulau Kerengga sangat gembira dan menyeronokkan.
 
 
Jumpa lagi..
 
Murid berkumpul di Dataran Ilmu









 
 
Ucapan Pengerusi Majlis - Cg Yahya

Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Lotffi
Ucapan Wakil Murid
 







Bacaan Perutusan daripada
Pengarah Pelajaran Terengganu
 - PK Kokurikulum


Ucapan daripada Guru Besar
SK Pulau Kerengga

Nyanyi Lagu Guru Malaysia
Nyanyian Lagu Guru Malaysia

Guru sedang menyanyi lagu Guru Malaysia
 
 
 
 
 
 
 

 
 
Bacaan Ikrar Hari Guru - Sir Arif
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bacaan Ikrar Hari Guru
 









Cenderahati daripada GB kepada Guru -
disempurnakan oleh wakil PPD Marang

Mana hadiah ambe ..........

GB menyampaikan cenderahati
kepada wakil PPD Marang
 
 
 







Gambar kenangan guru SKPK

Acara mengkukur nyiur

Nyiur yang menjadi mangsa
kopekan guru

PK1 sedang mengkukur nyiur

Acara mengopek kelapa

 
 









Nyiur ditimbang untuk mencari pemenang

Acara mencucuk benang dalam jarum

Nampak dok lubang jarum tu.......

Hati-hati cikgu.......

Susahnyaaaaaa.......cari lubang










Acara membaling belon

Guru sedang membaling belon kepada rakan

Acara membaling belon

Belon yang Berjaya diselamatkan
Sir Arif sedang mengkukur nyiur sambil
diperhatikan oleh rakan kumpulan

Mencari harta Karun......

Sape boleh hadiah ni...bertuah lah......










Seloka guru SKPK

Penyampaian Hadiah Acara Sukaneka

Pemenang Teka Kacang

Pemenang Pertandingan Cipta Kad Ucapan
Hari Guru menggunakan ebook




Cepat cikgu !!!!!!!!!!!!!!!!

 

Thursday 16 May 2013

SELOKA GURU SK PULAU KERENGGA SEMPENA HARI GURU 2013

Bukan Nak Mengata, sekadar nak suka-suka..

Negara Malaysia tanah berdaulat,
Hari Guru sambutan hangat,
16 Mei hari keramat,
Diraikan bersama tanda sepakat.

Sekolah kecil di daerah Marang,
Di atas Pulau Kerengga yang garang,
Guru SKPK kuat lagi cemerlang,
Membawa wadah kejayaan terbilang.

Wahai guru, sahabat karibku,
Bermadah kata jangan terganggu,
Sendaloka bicara merayakan guru,
Tersalah kata janganlah terbuku.

Guru Besar berkereta Perdana,
Round kelas di waktu pagi,
Hjh Faridah leterannya berguna,
Tiada dendam tersemat di hati.

Hal Ehwal Murid tugas diberi,
Projek susu tak pernah dilupai,
Selalu senyum menghibur hati,
Panggilan Kak Ina pengganti diri.

PK 1 tidaklah bengis,
Realef kelas sekali sekala diberi,
HJ Zubir senyum manis,
Bersifat tegas, tak pernah iri hati.

Kulit tak cerah berbadan besar,
Makan kuat nasi separuh,
Cg Saharuddin lembut dan penyabar,
Batal KOKO, Bereeeeh Boooooh.

Oversea tempat Cg Yahya,
Candat sotong, ikan Todok,
Pengerusi majlis dulu kini selamanya,
Tahun depan, beri ke orang lain pulok.

Berkereta kelabu namanya Persona,
Gelaran ustazah J Qah memang berkaliber,
Kecil manis Siti Zuraida,
Boleh ke esok, Sir Arif merisik khabar ?

Datang awal isteri Mahazang,
TAS 706 berwarna hitam,
Puan Azilam guru penyayang,
Mengajar pagi sampaike malam.

Cantik molek putih melati,
Preve di hati penuh bergaya,
Cg Kalthum cinta di hati,
Sudah berpunya atau sudah menjanda ?

Ibu muda tidak tua bangke,
Isteri Worder Kg Pulau Kerengga,
Pitih PIBG Cg Mazlina yang kongker,
Mintak nak wak aktiviti, jeling macam ibu singa.

Waktu petang kelas KAFA,
Ustazah Azliza kereta Avanza,
Idea baik banyak auta,
DG41 dapat doh, bila nak belanja??

Tinggi lampai bukan badak,
Toyota Hilux kereta idaman,
Sir Arif orangnya kacak,
Bila lagi nak cari teman ??

Tak sampai setahun mengajar di sini,
Cg Zunaidi berbudi pekerti,
Orangnya tekun sentiasa dedikasi,
Dok dang apa-apa, nak pindah lagi.

Honda lama bila nak ganti,
Cg Hazuwari duda ke bujang,
Datang sekolah akhir sekali,
Tapi kelas tak pernah tuang.

Tinggi lampai rambut ikal,
Congek motor tak suka pula,
Cg Ismail hobinya motosikal,
Suka tersengih, macam bangla.

Berat sungguh projek LINUS,
Cg Majdiah bersungut, cikgu tertekan,
Kerja kuat melilih hingus,
Harapan cemerlang pada tahun depan.

Isteri si Bundle di kampung Rusila,
KelasPemulihan banyaklah cerita,
Bermacam usaha, ubat dan gaya,
Cg Najihah kita janganlah dicerca.

Cg Samihah Cg Anisah,
Pra sekolah wadah utama,
Kuat bekerja tak pernah bertelagah,
Fikir kualiti demi agama bangsa dan negara.

Hafra Erma berkaca mata,
Guru PJ lincah bergaya,
Orangnya peramah tak suka mengata,
Selalu diusik, buat selamba je.

Ustazah Fatimah Sham di tahun dua,
Program KSSR tak pernah lupa,
Susah sentum dan juga ketawa,
Penampilan zuhud itulah dia.

Terima Kasih.


Nukilan : Ustaz Mohd Lotffi bin Che Man.
Sempena Hari Guru 2013.
















Wednesday 15 May 2013

KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT ZON 2013




8 MEI 2013, Rabu - Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga telah menjadi tuan rumah Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon 1B bagi tahun ini. Sebanyak 7 buah sekolah rendah di daerah Marang (ZON 1B) telah menyertai Karnival berkenaan.

Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan, iaitu pertandingan bercerita tahap 1 dan tahap 2 serta pertandingan pidato bagi tahap 2 sahaja. Setiap kategori terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian tajuk wajib dan spontan.

Karnival ini berlangsung selama 1 hari bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 2.30 petang. Pertandingan bercerita tahap 1  telah diadakan di dalam Makmal Komputer.Manakala pertandingan bercerita tahap 2 diadakan di Pusat Sumber.Pertandingan pidato pula diadakan di dewan SK Pulau Kerengga.  

Peserta tuan rumah hanya memperoleh naib johan dalam semua kategori yang disediakan dan layak untuk ke peringkat yang lebih tinggi.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Merchang, selaku pengerusi Zon 1B.



Sesi Pendaftaran Peserta



Peserta Pidato


Peserta Pertandingan Cerita Tahap 1

Peserta Pertandingan Cerita

Hakim Pertandingan Cerita

Peserta Pertandingan Cerita Tahap 2

Peserta Pidato

Hakim Pertandingan Pidato



Ucapan Pengerusi Majlis - Majlis Penutup


Majlis Perasmian Penutup - Guru Besar SK Merchang

Majlis Penyampaian Hadiah

Majlis Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang



PERKHEMAHAN TAHUNAN 2013


SELASA,23 April 2013- Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga telah mengadakan aktiviti Perkhemahan Tahunan di padang sekolah. Aktiviti ini berlangsung selama 3 hari, 2 malam, iaitu bermula pada hari Selasa, Rabu dan Khamis. Seramai lebih kurang 150 orang murid tahap dua terlibat dengan aktiviti ini.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program perkhemahan berlangsung. Antaranya ialah pertandingan Kawad kaki, Bantuan Kecemasan , Pertandingan Masakan Rimba dan Malam Kebudayaan.

Menurut seorang peserta, perkhemahan pada kali ini amat seronok dan sangat berguna untuk murid-murid di sini.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Guru Besar SK Pulau Kerengga, iaitu Pn.Faridah bt Mohd.

PESERTA SEDANG MENJALANI PERTANDINGAN KAWAD KAKI


TENGOK APA TU ????????????????????

 PESERTA SEDANG MENDENGAR TAKLIMAT DARIPADA GURU PENYELARAS


 SEBAHAGIAN GURU YANG TERLIBAT DENGAN AKTIVITI PERKHEMAHAN

 KELIHATAN PESERTA SEDANG  MEMASAK SAMBIL DIBANTU OLEH GURU
WOUUUUUUUUUUUUUUUUU.....BESTNYA.....

 PESERTA TERLIBAT DENGAN AKTIVITI PERTANDINGAN MASAKAN " ROTI LILIT "

PESERTA PUTERI ISLAM- KAWAD KAKI

 PERTANDINGAN BANTU MULA...IKATAN ANDUH,,,
PANDAI DOK TU....................

 WAH !!!!! SERONOKNYA CIKGU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
TAHUN DEPAN KHEMAH
 LAGI.........
 SEBAHAGIAN GURU PEREMPUAN SIBUK MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK 
URUS SETIA..
CIKGU YANG BAJU MERAH TU.....SAPE NAMANYA..... CUNLAH....
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP.....
DISEMPURNAKAN OLEH PUAN GURU BESAR SKPK..
SESI BERGAMBAR PESERTA DENGAN HADIAH KEMENANGAN...

TAHNIAH !  JUMPA LAGI