Powered by Blogger.

Thursday 16 May 2013

SELOKA GURU SK PULAU KERENGGA SEMPENA HARI GURU 2013

Bukan Nak Mengata, sekadar nak suka-suka..

Negara Malaysia tanah berdaulat,
Hari Guru sambutan hangat,
16 Mei hari keramat,
Diraikan bersama tanda sepakat.

Sekolah kecil di daerah Marang,
Di atas Pulau Kerengga yang garang,
Guru SKPK kuat lagi cemerlang,
Membawa wadah kejayaan terbilang.

Wahai guru, sahabat karibku,
Bermadah kata jangan terganggu,
Sendaloka bicara merayakan guru,
Tersalah kata janganlah terbuku.

Guru Besar berkereta Perdana,
Round kelas di waktu pagi,
Hjh Faridah leterannya berguna,
Tiada dendam tersemat di hati.

Hal Ehwal Murid tugas diberi,
Projek susu tak pernah dilupai,
Selalu senyum menghibur hati,
Panggilan Kak Ina pengganti diri.

PK 1 tidaklah bengis,
Realef kelas sekali sekala diberi,
HJ Zubir senyum manis,
Bersifat tegas, tak pernah iri hati.

Kulit tak cerah berbadan besar,
Makan kuat nasi separuh,
Cg Saharuddin lembut dan penyabar,
Batal KOKO, Bereeeeh Boooooh.

Oversea tempat Cg Yahya,
Candat sotong, ikan Todok,
Pengerusi majlis dulu kini selamanya,
Tahun depan, beri ke orang lain pulok.

Berkereta kelabu namanya Persona,
Gelaran ustazah J Qah memang berkaliber,
Kecil manis Siti Zuraida,
Boleh ke esok, Sir Arif merisik khabar ?

Datang awal isteri Mahazang,
TAS 706 berwarna hitam,
Puan Azilam guru penyayang,
Mengajar pagi sampaike malam.

Cantik molek putih melati,
Preve di hati penuh bergaya,
Cg Kalthum cinta di hati,
Sudah berpunya atau sudah menjanda ?

Ibu muda tidak tua bangke,
Isteri Worder Kg Pulau Kerengga,
Pitih PIBG Cg Mazlina yang kongker,
Mintak nak wak aktiviti, jeling macam ibu singa.

Waktu petang kelas KAFA,
Ustazah Azliza kereta Avanza,
Idea baik banyak auta,
DG41 dapat doh, bila nak belanja??

Tinggi lampai bukan badak,
Toyota Hilux kereta idaman,
Sir Arif orangnya kacak,
Bila lagi nak cari teman ??

Tak sampai setahun mengajar di sini,
Cg Zunaidi berbudi pekerti,
Orangnya tekun sentiasa dedikasi,
Dok dang apa-apa, nak pindah lagi.

Honda lama bila nak ganti,
Cg Hazuwari duda ke bujang,
Datang sekolah akhir sekali,
Tapi kelas tak pernah tuang.

Tinggi lampai rambut ikal,
Congek motor tak suka pula,
Cg Ismail hobinya motosikal,
Suka tersengih, macam bangla.

Berat sungguh projek LINUS,
Cg Majdiah bersungut, cikgu tertekan,
Kerja kuat melilih hingus,
Harapan cemerlang pada tahun depan.

Isteri si Bundle di kampung Rusila,
KelasPemulihan banyaklah cerita,
Bermacam usaha, ubat dan gaya,
Cg Najihah kita janganlah dicerca.

Cg Samihah Cg Anisah,
Pra sekolah wadah utama,
Kuat bekerja tak pernah bertelagah,
Fikir kualiti demi agama bangsa dan negara.

Hafra Erma berkaca mata,
Guru PJ lincah bergaya,
Orangnya peramah tak suka mengata,
Selalu diusik, buat selamba je.

Ustazah Fatimah Sham di tahun dua,
Program KSSR tak pernah lupa,
Susah sentum dan juga ketawa,
Penampilan zuhud itulah dia.

Terima Kasih.


Nukilan : Ustaz Mohd Lotffi bin Che Man.
Sempena Hari Guru 2013.
















0 comments:

Post a Comment