16 Mei 2013, Khamis- Saban tahun, pada setiap 16 Mei, semua warga guru di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Guru. Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga juga tidak melepaskan peluang untuk meraikan semua warga guru di sini.
Pelbagai acara telah diadakan sepanjang sambutan Hari Guru berkenaan. Antaranya ialah Ucapan Guru Besar, Membaca Perutusan daripada Pengarah Pelajaran, Bacaan Ikrar Hari Guru, nyanyian Lagu " Guru Malaysia" dan sesi bergambar.
Acara padang pula ialah seperti acara mengkukur nyiur / kelapa, mencucuk benang dalam jarum, menyambut belon berisi air dan mencari harta Karun.
Acara yang paling seronok ialah acara pertukaran hadiah sesama warga pendidik dan pemberian hadiah daripada murid kepada guru-guru yang paling diminati.
Acara sambutan Hari Guru berakhir dengan majlis jamuan makan tengah hari di kantin sekolah. Jamuan makan tengah hari ini adalah hasil sumbangan daripada Puan Guru Besar SK Pulau Kerengga.
Majlis berakhir pada jam 2.00 petang. Semua warga SK Pulau Kerengga sangat gembira dan menyeronokkan.
Jumpa lagi..
 |
Murid berkumpul di Dataran Ilmu |
 |
Ucapan Pengerusi Majlis - Cg Yahya |
0 comments:
Post a Comment